Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah daripada Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. "Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun."
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya," katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
"Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED." Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. "Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED," katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
Email from: Rizal Posmen
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aby RAd's Blog
Blog yang menampilkan perkara² yang menarik..pelik..dan jelik..dan berinformasi daripada koleksi emel² yang diterima
Adakah anda keseorangan?? Anda ditemani seramai di sini. Anda juga boleh kongsikan gambar² menarik yang anda temui ke aby.rad20@gmail.com
Adakah anda keseorangan?? Anda ditemani seramai di sini. Anda juga boleh kongsikan gambar² menarik yang anda temui ke aby.rad20@gmail.com
Categories
18sg
(76)
18sx
(28)
Accident
(1)
amazing
(351)
animal
(214)
architecture
(50)
art
(124)
award
(7)
celebriti
(68)
fesyen
(31)
food
(120)
funny
(414)
games
(4)
health
(100)
history
(41)
info
(231)
islam
(94)
jelik/nasty/ugly
(121)
life
(244)
luxury
(51)
mystery
(25)
nature
(83)
personal
(15)
Planet
(7)
politik
(11)
promotion
(2)
scary
(195)
sport
(26)
technology
(100)
Test
(10)
theme
(2)
Tips and Tricks
(49)
tutorial
(11)
vehicle
(160)
video
(101)
weird
(275)
Profile
Friend's Blog
Hotz Site
Top 10 Posts
-
Human parts processing factory A factory in Russia harvesting kidneys, eye corneas and other human body parts for sale. Bodies are collec...
-
1. Argyria: Blue Skin, A Real Life Smurf A condition caused by the ingestion of silver, the Argyria's most dramatic symptom is that the ski...
-
Pagi tadi aku ada dengar berita eksiden on the way ke Melaka. Jam teruk sampai sangkut 4 jam. Pagi ni bila aku buka facebook, jumpa la berit...
-
EL PASO, Texas — An airplane mechanic was killed Monday morning after he was sucked into a jet's engine while passengers were boarding from...
-
1. World's Smallest Waist Cathie Jung: 15 Inches Honestly, no Photoshop. Cathie Jung’s tiny waist measures just 15in (38cm), making her fi...
-
Dalam dunia ni mungkin terdapat ratusan ribu atau mungkin juga jutaan jenis makanan. Tak sangka Laksa Penang, Malaysia tersenarai dalam top...
-
Cerita ni nampaknya macam baru sahaja berlaku dalam bulan lepas. Tapi Aby tak sure la samada ini cerita benar atau sebaliknya. Ikutilah peng...
-
Berjuta-juta tahun dahulu sebelum wujudnya manusia, bumi ini didiami makhluk gergasi yang dikenali sebagai dinasour atau pun maknanya ialah ...
-
Spring – the flowers are in bloom, the birds are singing and it seems as if the entire world is waking up from a long winters nap. For a lot...
-
Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah daripada Sony dan ia hanya di Negara peng...




4 comments:
yeap mmg aku pernah dgr. sbb abg aku engineer elektronik..die kate yg led tu sebenarnye lampu jer..lighting utk skrin tv tu. gambar die bkn led pon.
nasib baik bapak aku tak beli tv 'kawin'
yer betul...... company komputer sekarang pun menggunakan technology yg sama untuk flat monitor diaorang...
This is nothing new.
Can't said Malaysia being cheat, whole world is labeling LCD with LED backlight as LED TV.
Real LED TV is correct label as OLED TV.
At the moment, Sony (Japan), Samsung (Korean) & LG (Korean) do release real OLED TV with crazy price tag in market.
Remember, OLED is king of Samsung production, it is not only Japan the only country release OLED TV. Sony seldom release panel as well, Sony is buying panel from others manufacture for it own TV release.
Post a Comment